Andainya Allah menolong kamu (tentu sekali) tiada sesiapa dapat mengalahkan kamu dan andainya Dia (Allah) membiarkan kamu, maka siapakah lagi yang mampu menolong kamu sesudah itu? (Oleh yang demikian) orang yang beriman hendaklah bertawakal kepada Allah semata-mata.
Mengenalinya membuatkan aku dekat pada Tuhan Kerananya aku kenal erti kehidupan bukan hanya dunia tetapi di akhirat yg abadi Setiap kali sentiasa muhasabah mengenai keaiban diri Menyuntik semangat dakwah yg sedang dibawa utk Islam akhir zaman ini
Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.
the_sinner - surau, sebelum solat sunat dhuha. (via islahnafsi)
They say you can never love a person whom you have never seen. I just smile and said: “I haven’t seen My prophet Muhammad S.A.W but i love him dearly
When the Prophet visited Al Bakki’ (a burial-ground in Madienah next to the Prophet’s mosque) before his death, he told his companions:” I wish I could see my brothers.” They replied:”Aren’t we your brothers?” The Prophet said:”No, you are my companions, my brothers are those who didn’t see me and yet follow me and believe in me. I’ll wait for them on Al Hawdh (the Place where the Prophet is going to give all survivors a handful water from his noble hands that will make them never feel thirsty again after this hard day-the Judgment Day- and this will be directly before entering Paradise).